Tuesday 25 September 2012

JOM ! SONY LANCAR TELEFON PINTAR "KEBAL"

wahhh dunia semakin canggih .. hp punnn x putus2 kuar yg canggih2 kan .. hurmmmmmmm akk juga yg pakai samsung C3 tuu .. jadilahhhh syukurrrrrrrr allah beri peluang pakai .. sederhana tuu penting ... ( ala2 pujuk hati sbb terkebil2 ngan hp sonny terbaru nie ... muhahaha )



Xperia Go keluaran terbaru Sony Communication Mobile menawarkan rekabentuk menawan dengan spesifikasi yang lebih canggih berbanding siri keluar lain dengan menampilkan telefon tahan calar, kalis air dan debu.

Model ini boleh didapati dengan harga RM999 seunit. Malah lebih menggembirakan apabila Sony turut memberi aksesori percuma kad SD 2GB Micro, pengecas kereta dan kabel Micro USB dengan nilai RM89 kepada pelanggannya.

Dilengkapi paparan skrin 3.5 inci dengan resolusi 320×480 piksel dan dikuasai enjin Bravia Mobile, Xperia Go amat sesuai digunakan oleh mereka yang suka melakukan aktiviti lasak sambil merakamkannya untuk dijadikan kenangan.

Oleh itu, tidak ada masalah jika telefon anda terhempas kerana kadar calar yang berlaku adalah sangat minimum. Selain itu, telefon ini turut dilengkapi kamera rakaman 5.0 megapiksel serta dijana system pemprosesan 1Ghz menggunakan Android 2.3 (Gingerbread).

Didatangkan dengan tiga warna iaitu hitam, putih dan kuning, ia mempunyai format IP67 yang disahkan bermakna bahawa ia benar-benar kalis habuk dan anda boleh menenggelamkannya sehingga satu meter selama 30 minit.

Malah keindahan skrin berdefinisi tinggi (HD) yang diberikan Sony mampu memukau pandangan penggemar telefon jenis pintar ini. Jangan terkejut jika Sony Xperia Go ini mampu berada di tangga paling atas sepanjang suku tahun ketiga ini!




HAH ! .. APA LAYIEEEEEEE ADA REJEKI TUKAR HP BARULAH ekkeke ..
semakin canggih kan ... tapi tulah .. kalau ikutkan pengaliran zaman nie .. boileh dikatakan setiap bulan ada sahaja hp dan kamera baru yg akan keluar di pasaran .. fuh !.. kalau macam akk nie .. terkebil2 & terkulat2 lahhh .. sampai jahanam hp akk tuu barulahhhh tukar .. adehhhhhh .. nama saja2 nak tukar yg baru .. sorry lahhh
( kot banyak keperluan lain yg lebih penting .. huhu )

No comments:

Post a Comment